PSSCM Cawangan Selangor ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada PSSCM Cawangan Melaka dan Negeri Sembilan di atas kejayaan kedua-dua cawangan menganjurkan Perayaan 45 Tahun PSSCM dengan lancar dan teratur. Tidak dilupakan kepada semua petugas penganjuran yang telah memberikan layanan yang sangat baik khususnya terhadap peserta dari PSSCM Cawangan Selangor.
Ucapan tahniah juga kepada semua ahli yang telah sanggup menyahut cabaran dan berjaya mencatatkan nama masing-masing sebagai penerima Sijil Rendah Silat Cekak didalam Majlis Konvokesyen yang penuh gilang-gemilang. Tidak dilupakan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Penerima Sijil Rendah Silat Cekak Dengan Kepujian di atas usaha dan kesungguhan masing-masing.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Perwakilan dan Pemerhati PSSCMCS yang memberikan kerjasama dan telah menghadirkan diri didalam Mesyuarat Agung Perwakilan PSSCM Kali Ke 38 bagi menyaksikan satu sejarah besar didalam PSSCM dimana YM Datuk Haji Maideen Kadir Shah telah dilantik sebagai Presiden PSSCM yang ke 3 bagi meneruskan kesinambungan perjuangan yang telah diasaskan oleh YM Almarhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad dan dikembangkan oleh YM Ustaz Haji Ishak Bin Itam.
Bagi pihak Jawatankuasa PSSCMCS, kami memohon kemaafan diatas setiap kelemahan didalam usaha kami untuk menyelaraskan serta mengatur perjalanan ahli-ahli ke Sambutan Perayaan 45 Tahun PSSCM di Melaka. Segala kerjasama daripada anda semua amatlah kami hargai.