About Me
- CEKAK SELANGOR 2010
- No 23 Jalan Teluki 3A,
Bandar Baru Bukit Sentosa,
48300 Rawang,
Selangor Darul Ehsan.
Tel/Fax : 03-61842680
Email : psscm.cwg.sgor@gmail.com
Wednesday, March 9, 2011
Sunday, March 6, 2011
Lebih 500 Hadiri Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Lembah Kelang
15 Februari 2011, Gombak - Lebih 500 orang ahli PSSCM hadir ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Lembah Kelang yang diadakan di Auditorium KAED, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini. Majlis dihadiri oleh ahli-ahli PSSCM dan pelajar-pelajar IPTA/S di sekitar Lembah Kelang. Majlis dimulakan dengan ketibaan YM Guru Utama PSSCM, Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah diselangi Selawat bagi memohon keberkatan sepanjang pengisian program ini.
Seterusnya hadirin yang hadir bersama-sama berzanji, marhaban, qasidah dan burdah bersama YM Guru Utama dan AJK Pusat. YM Guru Utama dalam ucapannya sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini merungkai perjalanan Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW dalam mengembangkan syiar Islam serta mengaitkan dengan perjuangan Almarhum Ustaz Haji Hanafi dalam mengembangkan SeniSilat Cekak.
Pada majlis sambutan kali ini, buat pertama kali sessi forum bagi membincangkan tentang perjuangan Rasulullah diadakan. Forum yang dipengerusikan oleh Sdr. Shahrem Bin Ramlli membawakan tiga orang panel berpengalaman yang terdiri dari En. Harun Bin Din (PSSCM Seberang Perai), En. Yusuf Hussin (PSSCM Pahang) dan En. Hakim Bin Othman (PSSCM Johor)
Sumber : Laman Web Rasmi Persatuan Seni SIlat Cekak Malaysia (PSSCM)