About Me

My photo
No 23 Jalan Teluki 3A, Bandar Baru Bukit Sentosa, 48300 Rawang, Selangor Darul Ehsan.
Tel/Fax : 03-61842680
Email : psscm.cwg.sgor@gmail.com

Wednesday, April 27, 2011

Pusat Sumber Belia Melaka Terima Hadiah Buku Budaya Cekak





20 April 2011, Melaka - Ketua Penerangan PSSCM En. Rosman Bin Mat Deli mewakili PSSCM telah menghadiahkan dua naskah Buku Budaya Cekak, VCD Dokumentari Metodologi Silat Cekak dan Dokumentari Silat Cekak. Kehadiran beliau telah disambut oleh Pn. Linda Phua Sue Lin, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Hang Tuah Jaya.

Pusat Sumber Belia Melaka (PSBM) ini berperanan mengumpul segala maklumat yang berkaitan dengan belia dalam bentuk bahan bercetak mahupun bahan bukan bercetak. Pelbagai koleksi maklumat yang boleh diperolehi di Pusat Sumber Belia Melaka (PSBM) ini iaitu koleksi rak terbuka, koleksi rujukan, koleksi terbitan bersiri dan juga koleksi bahan penerbitan elektronik.

Pusat Sumber Belia Melaka terletak di Kompleks Yayasan Belia Sedunia (WAY), Lebuh Ayer Keroh dan menjadi tumpuan belia-belia negeri Melaka di mana terdapat pejabat Pertubuhan-pertubuhan Belia Negeri Melaka dan Pertubuhan Belia Antarabangsa yang diketuai oleh YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka. Pusat tersebut dilengkapi bilik seminar yang dilengkapi projektor, bilik mesyuarat dan bilik bacaan. Terdapat lebih dari 15,000 ribu naskah buku di pusat sumber tersebut.

Menurut Puan Linda Phua Sue Lin, Buku Budaya Cekak adalah satu-satunya buku rujukan yang dihadiahkan oleh persatuan silat. Beliau amat berbesar hati menerima hadiah tersebut dan VCD Silat Cekak akan ditayangkan di dalam bilik seminar sepanjang masa. Secara tidak langsung Pusat Sumber Belia Melaka akan mempromosikan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

YM Guru Utama dan Presiden PSSCM, Datuk Hj. Maideen Bin Kadir Shah menyambut baik usaha Jabatan Penerangan PSSCM memperkenalkan Silat Cekak dalam berbagai kaedah. Ini akan dapat membantu masyarakat memahami budaya Cekak dan rupa bentuk silat kita.

Sumber : Laman Web Rasmi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)

Ketua Pusat Latihan (KPL) Kuang Kemalangan Maut


13 April 2011, Rawang - Zulhisham Bin Abdul Latif, Ketua Pusat Latihan Kuang telah meninggal dunia akibat kemalangan maut. Motorsikal yang beliau tunggang telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di KM 439.3 berdekatan Hentian Rawang jam 8.00 pagi semasa dalam perjalanan dari Bukit Beruntung.

Presiden & Guru Utama, kepimpinan Pusat & Cawangan serta ahli-ahli PSSCM seluruh Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham dan berdoa semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang-orang yang solih. Al-Fatihah.

Sumber : Laman Web Rasmi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)

Kepolisan Masyarakat 1 Malaysia


SEPAKAT... Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Muhammad Zulkarnain Abdul Rahman (lima kanan) bersalaman dengan Pengerusi Peniaga Wisma Yakin, Datuk Maideen Kadir (empat kiri) pada majlis pelancaran Kepolisan Masyarakat 1Malaysia di Masjid India, Kuala Lumpur barui-baru ini.

TANGKAS... Anggota IPD Dang Wangi membuat persembahan seni mempertahankan diri kepada pengunjung

CEKAP.... Anggota polis dari IPD Dang Wangi membuat persembahan T-Baton kepada pengunjung

PAMERAN ... Pengunjung melihat peralatan dan jenis dadah yang dipamerkan oleh Agensi Dadah Kebangsaan

Sumber : Laman Rasmi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)

Pendekar Beraksi Di Tasik Titiwangsa


27 Mac 2011, Kuala Lumpur (sumber Kosmo) - AKSI. Tujuh persatuan seni mempertahankan diri menyertai Malam 1000 Pendekar yang berlangsung di Tasik Titiwangsa malam tadi.

Antara persatuan yang menyertai acara tersebut ialah Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Persatuan Wushu Kuala Lumpur, Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia dan Persatuan Seni Silat Gayung Patani.

Acara yang menghimpunkan ratusan adli seni mempertahankan diri itu merupakan satu program Karnival Belia Gemilang 1Malaysia yang bermula kelmarin.

Pada acara tersebut, kesemua persatuan berkenaan memberikan tempoh lapan minit bagi menunjukkan demonstrasi seni mempertahankan diri masing-masing.

Sumber : Laman Web Rasmi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)

Program PLBC Ke-10 Merealisasikan Tema "Bersama & Bersatu"



27 Feb 2010, UIAM Gombak - Program PLBC ke-10: Merealisasikan tema “Bersama & Bersatu” anjuran bersama PSSCM UIAM Gombak dan Jabatan Penerangan PSSCM. Seramai lebih daripada 300 orang ahli-ahli IPT dan Kelas-kelas di Lembah Klang telah menjayakan program tersebut termasuk Ahli-ahli Jawatan Kuasa Pusat, Ahli LPT, dan Penyelia-penyelia Kelas. Program ini sebagai persiapan bagi menjayakan Demonstrasi Perdana yang akan mengumpulkan seramai 2,500 orang dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak.

Program PLBC ke-10, dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli oleh ucapan dari YDP PSSCM UIAM YBhg. En. Rasyid Bin Aziz. Ucapan dari Setiausaha Agung PSSCM, YBhg. En. Roslin Bin Ali Omar yang penuh dengan informasi dan kata-kata perangsang telah menyemarakkan lagi semangat ahli-ahli PSSCM dalam menjayakan Program PLBC kali ke-10 ini. Ucapan Perasmian oleh YBhg. En. Sharel Bin Dzahari, Pegawai Pusat Sukan dan Rekreasi UIAM. Dalam ucapannya, beliau telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada PSSCM kerana memilih UIAM Gombak sebagai tuan rumah dan beliau akan memberi sokongan sepenuhnya penganjuran program sebegini pada masa akan datang.

Program PLBC kali ke-10 ini dibahagikan kepada 4 sesi:

1) Program Perasmian

2) Latihan Demonstrasi

3) Brainstorming Session

4) Majlis Penutup

Semasa latihan demonstrasi sesi yang ke-2, kelas-kelas latihan telah dipertanggungjawabkan membuat persembahan iaitu Latihan kaedah dan buah jatuh, Umum Tangan Kosong, 4 serang 1, Umum Senjata, Papan Sekeping dan Adegan Lading.

Semasa sesi ke-3 iaitu acara Brainstorming Session, YBhg. En. Rosman Bin Mat Deli, Ketua Penerangan PSSCM telah bertugas sebagai Fasilitator bagi memberi tunjuk ajar dan komen kepada setiap pasukan demonstrasi selepas mereka mengadakan persembahan. Beliau turut menjelaskan panduan, adab dan etika berdemonstrasi agar ahli-ahli PSSCM membuat persembahan berdasarkan Modul Demonstrasi yang dikeluarkan oleh JP PSSCM.

Pada jam 1.30 petang semasa Majlis Perasmian Penutup, Saudara Shahrin Fikri Bin Witrofoledy Pengarah Program PLBC Ke-10 dalam ucapannya, beliau merakamkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat khasnya kepada AJK Pusat dan Ahli LPT atas kesudian hadir bersama bagi menjayakan program ini. Ucapan Perasmian Penutup disempurnakan oleh Ketua Penerangan PSSCM YBhg. En. Rosman Bin Mat Deli. Beliau berharap, melalui program ini dapat menyemaikan semangat Gagasan Bersama & Bersatu dalam kepimpinan yang diterajui YM Guru Utama & Presiden Datuk Hj. Maideen Bin Kadir Shah. Beliau juga mengingatkan kepada peserta agar sentiasa berdisiplin, dan menjaga adab tata susila orang Melayu.

Sumber : Laman Web Rasmi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)