About Me

My photo
No 23 Jalan Teluki 3A, Bandar Baru Bukit Sentosa, 48300 Rawang, Selangor Darul Ehsan.
Tel/Fax : 03-61842680
Email : psscm.cwg.sgor@gmail.com

Saturday, February 5, 2011

Mak Tam Meninggal Dunia

4 Februari 2011, Bukit Mertajam - Hajah Radziyah Binti Said atau lebih dikenali sebagai Mak Tam, isteri kepada mantan Presiden & Guru Utama PSSCM, YM Tuan Haji Ishak Bin Itam telah kembali ke rahmatullah pada hari ini sekitar jam 6.00 - 7.00 pagi (dalam tidur) dalam usia 78 tahun.. Pengesahan kematian dibuat jam 10.00 pagi. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Berapit, Bukit Mertajam selepas solat Asar.

Guru Utama & Presiden, Ahli Jawatankuasa Pusat & Negeri serta Ahli-ahli PSSCM di seluruh negara merakamkan ucapan takziah kepada YM Tuan Haji Ishak Bin Itam dan keluarga di atas kembalinya allahyarmah kerahmatullah. Semoga Allah merahmati rohnya dan menempatkan beliau bersama-sama orang-orang solihah. Al-Fatihah.

Sumber : Laman Web Rasmi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)

No comments:

Post a Comment