

Program PLBC ke-10, dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli oleh ucapan dari YDP PSSCM UIAM YBhg. En. Rasyid Bin Aziz. Ucapan dari Setiausaha Agung PSSCM, YBhg. En. Roslin Bin Ali Omar yang penuh dengan informasi dan kata-kata perangsang telah menyemarakkan lagi semangat ahli-ahli PSSCM dalam menjayakan Program PLBC kali ke-10 ini. Ucapan Perasmian oleh YBhg. En. Sharel Bin Dzahari, Pegawai Pusat Sukan dan Rekreasi UIAM. Dalam ucapannya, beliau telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada PSSCM kerana memilih UIAM Gombak sebagai tuan rumah dan beliau akan memberi sokongan sepenuhnya penganjuran program sebegini pada masa akan datang.
Program PLBC kali ke-10 ini dibahagikan kepada 4 sesi:
1) Program Perasmian
2) Latihan Demonstrasi
3) Brainstorming Session
4) Majlis Penutup
Semasa latihan demonstrasi sesi yang ke-2, kelas-kelas latihan telah dipertanggungjawabkan membuat persembahan iaitu Latihan kaedah dan buah jatuh, Umum Tangan Kosong, 4 serang 1, Umum Senjata, Papan Sekeping dan Adegan Lading.
Semasa sesi ke-3 iaitu acara Brainstorming Session, YBhg. En. Rosman Bin Mat Deli, Ketua Penerangan PSSCM telah bertugas sebagai Fasilitator bagi memberi tunjuk ajar dan komen kepada setiap pasukan demonstrasi selepas mereka mengadakan persembahan. Beliau turut menjelaskan panduan, adab dan etika berdemonstrasi agar ahli-ahli PSSCM membuat persembahan berdasarkan Modul Demonstrasi yang dikeluarkan oleh JP PSSCM.
Sumber : Laman Web Rasmi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)

No comments:
Post a Comment